Tuan Guru Haji Ahmad atau nama sebenarnya Ni'matullah Ahmad bin Tuan Hussin. Dilahirkan pada 17 Jun 1906 di Kampung Bohar, Mukim Titi Gajah Alor Setar, Kedah. Pendidikan awal beliau di Sekolah Melayu Chourasta Pulau Pinang, manakala Pendidikan Agama dan Bahasa Arab beliau belajar daripada ayahandanya sendiri iaitu Tuan Hussin Kedah.
Setelah 7 tahun berada di Bagan Ulu, keluarganya berpindah ke Sungai Limau Yan, Kedah. Setelah itu beliau mengumpul wang sendiri untuk melanjutkan pelajaran ke Mekah Al Mukaramah pada tahun 1923 hingga 1927. Sekembalinya beliau dari Mekah beliau mengajar di kampung halaman sebelum berpindah ke Pokok Sena Kepala Batas Seberang Perai sebuah Pusat Pengajian Pondok yang didirikan oleh ayahandanya yang terkenal dengan “Madrasah Khairiah Islamiah.” Beliau meneruskan usaha ayahandanya menerajui Madrasah Khairiah Islamiah di kampung itu, pernah menjawat jawatan sebagai Kadi Besar Pulau Pinang pada tahun 1965 hingga 1974, dan pernah dipilih sebagai Ahli Parlimen Kawasan Kerian, Perak pada tahun 1955. Tuan Guru Haji Ahmad meninggal dunia pada tahun 1977 ketika usia beliau 71 tahun.
No comments:
Post a Comment