tahun 1911 Masihi lahirlah seorang putera yang diberi nama Thalib @ Muthalib di Kampung Sungai Semambu hasil perkahwinan Haji Puteh bin Haji Awang Chik Man dengan Sheikh Maryam binti Syeikh Ahmad Kabir. Beliau mendalami ilmu agama ketika usia 11 tahun di Pondok Tuan Guru Muhammad Taib, Kubang Semang, ketika usia 16 tahun beliau berangkat ke Mekah mendalami Ilmu Agama Islam kepada tokoh ulamak terkenal Melayu dan Arab selama 16 tahun.
Pada tahun 1941, beliau pulang dari Mekah dan bertugas sebagai guru di Sekolah Arab Masjid Kubang Semang dan kemudian mengajar di Madrasah Manabil Ulum. Sifat warak dan amanah serta ketinggian ilmunya beliau dijodohkan dengan Hajjah Maimunah binti Sheikh Othman Jalaludin, anak perempuan gurunya yang juga pengasas Madrasah Manabil Ulum, Penanti. Setelah sekian lama mengajar dan berbakti kepada masyarakat pada 14 Oktober 1984 beliau menyahut panggilan Ilahi menemui Allah ketika itu usianya 71 tahun.
No comments:
Post a Comment